Hal Ehwal Akademik UiTM Kampus Kuala Pilah

Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Akademik ditubuhkan bersama dengan kewujudan UiTM Cawangan Negeri Sembilan pada 1 Jun 1999 yang beroperasi di Kampus Sementara di Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur, Jalan Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Diperingkat awal, UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah menawarkan dua program ialah Program Pra Sains dan Pra Perakaunan dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar seramai 166 orang.

Pada tahun 2001, UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah menambah dua lagi kursus iaitu Kursus Diploma Komputer Sains dan Kursus Diploma Sains. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, kursus Diploma Komputer Sains dan Diploma Sains telah dipindahkan ke UiTM Shah Alam dan Kursus Pra Perakaunan telah di pindahkan ke UiTM Pahang. Kini, UiTM Negeri Sembilan hanya menawarkan Program Pra- Diploma Sains sahaja dan dalam usaha meningkatkan prestasi para pelajar Pra-Diploma Sains di UiTM Cawangan Negeri Sembilan.Terdapat pertambahan fakulti yang akan ditempatkan di Kampus Seremban. Antaranya ialah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Matematik dan Komputer, dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah hanya menawarkan program-program berikut:

Fakulti Sains Gunaan

  1. Diploma Mikrobiologi (AS114)
  2. Diploma Teknologi Makanan (AS116)
  3. Diploma Teknologi Tekstil dan Pakaian (AS122)
  4. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi (AS201)
  5. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia (AS202)
  6. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia dengan Pengurusan (AS222)
  7. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains dan Teknologi Makanan (AS246)
  8. Pra Diploma Sains (PD007/PD008)

Akademi Pengajian Islam Kontemporari

  1. Diploma Pengurusan Halal (IC120)


Visi

Menjadikan bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Negeri Sembilan sebagai satu bahagian yang unggul dalam menguruskan dan melaksanakan aktiviti akademik yang berteraskan kecememerlangan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi

Memberi khidmat professional kepada program yang ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan bagi melahirkan generasi Profesional Bumiputra yang berilmu, berinovatif, beriltizam, bertaqwa serta berdaya saing yang berlandaskan nilai-nilai murni dan beretika serta mampu meneraju pembangunan negara.


Piagam Pelanggan

"KAMI BERJANJI UNTUK TERUS MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERKESAN, CEKAP DAN TEPAT DENGAN MESRA KEPADA PELAJAR, PENSYARAH, IBUBAPA DAN PELANGGAN KAMI."

Tugas-tugas bahagian akademik pelajar.

  1. Pentadbiran Am
  2. Rekod Pelajar
  3. Peperiksaan